Wednesday, August 14, 2019

17 Tips Bisnes Online Di Rumah

Salam lumayan,
Bertemu lagi kita pada entry kali ini, harap posting aku ini kali memberi manfaat kepada saudara2 yang sentiasa dahagakan ilmu untuk membangunkan diri. Ilmu tidak datang bergolek kalau tidak dicari atau tidak mencari guru atau mentor. Dalam apa juga bidang yang kita ceburi pastikan kita ada sifu atau mentor untuk membimbing perjalanan kita menuju kejayaan. Banyak mentor yang sudah berjaya di luar sana dengan buat bisnes secara online sahaja dirumah, perlu buat research sikit dan cari sahaja, paling bagus kalau dapat cari mentor yang low profile tapi dalam diam buat duit secara konsisten dari rumah sahaja. Jadi disini aku kongsikan 17 Tips Bisnes Online atau MLM Hanya Dari Rumah:-



Tips 1 Fokus Pada Matlamat

Saudara perlu menumpukan pada matlamat. Tidak kira matlamat itu jangka panjang atau jangka pendek. Inginkah saudara memiliki kediaman yang selesa dan kenderaan yang hebat di pandu ? Inginkah saudara dapat membiyai pelajaran anak-anak ke IPT-IPT atau Universiti tanpa melakukan pinjaman PTPTN yang akan membebankan anak-anak untuk membayarnya bila di alam kerjaya nanti. Boleh dikatakan semua orang mempunyai impian atau keinginan material. Bagaimana kita dapat fokus supaya matlamat kita tidak akan tersasar. Sebaik-baiknya matlamat anda tidak terlalu tinggi. Jika terlalu tinggi ia sukar untuk dicapai. Ini kerana bagi yang baru bermula dalam bisnes MLM di rumah atau secara online+offline tetapi bermatlamat untuk berpendapatan RM 1000 sehari dalam jangka masa sebulan. Jadi matlamat itu terlalu tinggi kerana saudara baru bermula. Saudara sepatutnya membina matlamat secara bertahap dari masa ke semasa.

Tips 2 Berdisiplin
Walaupun hanya bekerja dari rumah. Saudara perlu ada jadual harian untuk memulakan kerja saudara sebagai usahawan online atau MLM di rumah. Kena awal bangun pagi. Tulis dan senaraikan perkara yang saudara ingin lakukan pada setiap hari. Dengan cara menyenaraikan setiap perkara yang ingin saudara lakukan itu, saudara akan dapati setiap kerja saudara itu teratur dan terurus. Apabila kerja ikut jadual dan teratur hasilnya akan ketahap yang amat memberangsangkan.

Tips 3 Sentiasa Bermotivasi
Dengan menjalankan bisnes online atau MLM saudara perlu bermotivasi setiap masa. Jadilah orang yang paling gembira semasa menjalankan perniagaan online. Hidup saudara akan lebih menyeronokkan dan tenaga bekerja saudara juga akan meningkat. Saudara juga akan menjadi tabah dan kental dalam meneruskan perniagaan online atau MLM saudara. Kerja akan menyeronokkan apabila saudara hidup bermotivasi. Jadi mulakan semua kerja dengan senyuman.

Tips 4 Sentiasa Berfikiran Positif 
Dalam menumpukan perhatian pada perniagaan online ini. Saudara akan menghadapi sedikit sebanyak kesulitan dan kesusahan yang bersifat sementara. Jika saudara tidak berfikiran positif, sudah pasti saudara akan berhenti dan berputus asa. Walaupun perniagaan online di rumah ini menjanjikan kekayaan dan menjana pendapatan yang lumayan, namun perjalanan kearah kejayaan itu memerlukan kesabaran yang tinggi. Dan ingatlah kata-kata pujangga orang putih yang masyur “positive thinking”.

Tips 5 Bersemangat Waja
Semua orang yang bergelar usahawan memerlukan semangat untuk terus bangkit walaupun ditimpa kesusahan, kesulitan, masalah, dan begelumang kesukaran serta kepayahan dalam menempuh liku-liku dunia perniagaan online. Inilah sikap umpama gunung berapi, semakin dihimpit, semakiin melawan dengan mengeluarkan bahang dan akhirnya meletup dengan linagan lava yang hebat. 

Tips 6 Ketabahan Diri
Semakin saudara bertemu dengan kegagalan, semakin saudara menemui jalan kejayaan. Ini kerana, semasa saudara mengalami kegagalan, saudara perlu mempunyai kesabaran yang tinggi. Siasat dan cari puncanya. Lama kelamaan saudara akan menemui jalan penyelesaian punca masalah kegagalan dan akan berkhir dengan sinar kejayaan.

Tips 7 Jadual Harian
Untuk melakukan kerja-kerja harian saudara sebagai usahawan online atau MLM di rumah. Saudara perlu mempunyai jadual harian bagi melaksanakan apa yang saudara rancang. “Plan your work and work your plan” . Rancang kerja saudara dan kerjakan apa yang saudara sudah rancangkan.

Tips 8 Pejabat Di Rumah Yang Selesa
Inilah keindahan menjalankan perniagaan online hanya dari rumah. Walaupun saudara sekadar menggunakan meja makan saudara di rumah sebagai tempat untuk membuat kerja harian saudara tetapi itulah pejabat saudara. Jadikan suasana meja itu sebagai suasana pejabat semasa saudara menjalankan kerja saudara. Suasana memainkan peranan dalam membentuk keselesaan dan semangat untuk bekerja.

Tips 9 Kawal Perbelanjaan
Saudara perlu bijak dalam mengawal perbelanjaan saudara yakni kawal kewangan saudara dengan berhemah. Menjalankan perniagaan online atau MLM ini memerlukan modal yang sedikit (tidak tinggi). Jadi keuntungan daripada perniagaan saudara jangan digunakan bagi berbelanja semata-mata. Sebaliknya saudara perlu bijak dalam membahagikan antara modal pusingan, belanja dan simpanan. Kebiasaanya untuk mengawal perbelanjaan kita kena bayar diri kita dulu sebelum berbelanja yakni kita simpan dulu baru berbelanja. Ini tips yang kebanyakan orang kaya tidak mahu kita tahu.

Tips 10 Jaga Kesihatan
Dalam saudara menjalankan perniagaan online ini, saudara perlu juga menjaga kesihatan. Jangan bekerja sampai larut malam hingga boleh menggangu kesihatan. Walaupun tempoh dan masa saudara menjalankan perniagaan ini pendek iaitu sekurang-kurangnya 3 jam sehari, tetapi janganlah saudara melakukan kerja sampai larut malam. Kesihatan amat penting dalam membentuk perniagaan online yang berjaya.

Tips 11 Gunakan Laptop/PC Smart Phone
Memandangkan saudara memilih untuk meniaga online di rumah. Jaga Laptop atau PC dan Smart Phone saudara sebaik mungkin supaya sentiasa berfungsi dengan baik. Ini dapat elakkan gangguan-gangguan kerja harian saudara yang mungkin akan tergendala jika laptop atau PC dan Smart Phone saudara bermsalah. Aku sarankan supaya menggunakan ccleaner untuk kerja-kerja “service” PC atau laptop dan Smart Phone. Boleh download disini http://www.ccleaner.com supaya dapat tambah kelajuaan Internet.

Tips 12 Rancang Pengiklanan
Setiap pengiklanan memerlukan perancangan yang konsisten dan secara tetap. Sediakan senarai semak majalah dan akhbar yang pernah atau bakal saudara beriklan. Apa lagi dengan pengiklanan melalui Internet seperti Google Adwords, YSM, Facebook, MSN, Telegram, WhatsApp, Bidertiser, Adbrite dan banyak lagi. Pastikan saudara tahu kaedah atau method pemasaran di Internet.

 Tips 13 Jangan Bergantung Pada Satu Iklan
Semasa saudara mengiklankan web promosi atau page Facebook saudara, janganlah hanya bergantung semata-mata pada satu pengiklanan sahaja. Kreatifkan diri denggan memperbagaikan pengiklanan seperti beriklan dengan surat khabar, majalah, dan yang paling penting iklan melalui Internet.

Tips 14 Kaji Prospek Anda
Semasa mendapat senarai prospek, kaji siapa prospek saudara. Dari masa ke semasa, saudara akan memahami prospek manakah yang akan menyertai rangkaian saudara atau menjadi rakan niaga saudara.

Tips 15 Simpan Alamat Emel dan No. Tel  
Simpan nama dan alamat emel atau no. tel prospek dan rakan niaga saudara. Ini memudahkan saudara untuk mengirim emel follow up atau whatsapp dan keterangan-keterangan tentang perniagaan online atau MLM  saudara. 

Tips 16 Analisis Diri
Langkah penting, saudara perlu menganalisis diri dari masa ke semasa. Analisis diri perlu bagi meningkatkan  kualiti kerja saudara. Ada 4 cara untuk analisis diri.
Pertama- Cari apa kekuatan, kelebihan dan kepakaran yang saudara miliki. Semua manusia ada kelebihan yang tersendiri. Dengan kelebihan dan kepakaran, tukarkan ia menjadi peluang bagi meningkatkan pendapatan saudara. Melalui cara ini saudara akan bermotivasi dan menimbulkan rasa percaya pada diri sendiri.
Kedua- Cari dan kaji kelemahan, kekurangan dan keburukan diri saudara. Apabila dah kenal pasti, betulkan, tukarkan dan perbaiki diri saudara dengan segera. Tiada siapa dapat mengubah diri saudara selain diri saudara sendiri.
Ketiga- Cari peluang dalam perniagaan online atau MLM yang dapat saudara manfaatkan bagi meningkatkan pendapatan. Dalam perniagaan online atau MLM, peluang terbuka dengan luas dengan banyak hingga saudara tidak dapat memilih yang mana satu.
Keempat- Cari ancaman yang menggugat diri saudara. Contohnya ancamann kemelesetan ekonomi, persaingan dan kekurangan ilmu serta pengalaman. Palajari dan hapuskan ancaman itu supaya dapat menukarkannya kepada suatu peluang.

Tips 17 Selia Diri
Jika saudara hendak meningkatkan pendapatan dan mutu kerja, saudara perlu menyelia diri saudara setiap bulan. Tidak perlu saudara lantik orang lain bagi menyelia kerja saudara. Cukup sekadar saudara menyelia diri sendiri. Periksa sama ada kerja saudara samakin hari semakin bermutu ataupun tidak. Jika tidak bermutu, cari sebab dan perbetulkannya dengan segera. Apabila mutu meningkat, pendapatan akan sejajar juga meningkat. Saudara boleh bandingkan prestasi kerja saudara dengan orang lain. Ini akan dapat meningkatkan lagi mutu kerja dan mencipta serta berkreativiti.

Semoga tips-tips ini dapat diamalkan. Marilah sama-sama kita majukan perniagaan online atau MLM di rumah. Kalau tips-tips ini berguna jangan lupa share dan follow blog ini.

Salam Usahawan.

D.M

No comments:

Post a Comment