Sunday, June 23, 2019

Simpan Wang Dalam Kripto Adalah Jaminan Masa Depan ?!

Salam lumayan....
Bertemu lagi kita kali ini, menarik bukan tajuk yang ingin aku bincang pada post kali ini, betulkah simpan wang dalam kripto dapat menjamin masa depan ? Mari kita semak dan bincangkan antara kripto yang mendapat sambutan yang terhangat di pasaran, sudah tentu the mother of crypto iaitu Bitcoin.
Ya saudara penanda aras dalam coinmarketcap.com , Bitcoin telah menunjukkan kenaikan harga yang amat memberangsangkan pada awal tahun 2019  Bitcoin didagangkan dalam USD 3,300 dan kini Bitcoin didagangkan dalam USD 10,800 telah membuat kenaikan sebanyak 200%  dan semalam Bitcoin telah membuat new high yg baru iaitu USD11,100 . Adakah Bitcoin akan meneruskan momentum kenaikan harga hingga hujung tahun ? Adakah kenaikan harga Bitcoin disebabkan berita yang viral di media massa yang Facebook akan mengeluarkan matawang kripto sendiri iaitu Libra. Bagi saya saudara, walaupun harga kripto berbentuk volatile ianya instrument pelaburan yang terbaik buat masa kini untuk menyimpan wang dalam aset kripto. Kita sebagai invester kena ada knowledge yang padu sebelum melangkah dalam pelaburan yang baru ini. Ini kerana ada 2247 jumlah coin yang veriffied dalam coinmarketcap.com dan ada 7380 lebih coin menurut coinranking.com. Teramat banyak coin diluarsana, jadi jangan main langgar sahaja  kelak binasa diri.

Wednesday, June 19, 2019

Trading Crypto Atau Join Program Crypto ?

Salam lumayan,
Dalam era blockchain ini banyak pilihan kita untuk menambah pendapatan sama ada trading kripto atau pun join program2 kripto yang menawarkan R.O.I yang tinggi. Pada pendapat saudara mana yang lebih baik untuk menjana pendapatan dengan lebih efisen trading kripto yang saudara sendiri yang mendagangkan kripto vs fiat/kripto atau join program2 kripto yang diselia atau dikawal oleh badan2 tertentu supaya dapat menggandakan aset kripto saudara ?  kedua2 metod atau cara ini mempunyai risiko yang tersendiri, tepuk dada tanya selera.
Aku teringat akan kata2 seorang pelabur tersohor didunia iaitu Warren Buffet "Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1 "  

Sunday, June 2, 2019

Aku Seorang Pedagang Kripto

Salam lumayan
Ramadhan pun hampir meninggalkan kita, diharap Ramadhan kali ini membawa sinar baru dalam kita memapankan iman dan amal kita supaya dapat istiqama dalam membuat kebajikan dunia dan akhirat. Walaupun kita sibuk mengejar dunia jangan lupakan akhirat yang kekal jua akhirnya kita disana seperti yang selalu kita dengar para ustaz atau para ulama selalu menasihati kita supaya lebih mengejar akhirat sebab jika baik amalan akhirat kita In Shaa Allah dunia kita pun terbela dengan sendirinya....Baiklah saudara sekalian bukan tujuan saya hendak bertazkirah cuma sekadar mengingatikan diri sendiri.
Apa2pun saudara terima kasih kerana masih mengikuti update2 aku diblog ini. Tujuan aku menulis kali adalah hendak memperkenal Exchanger2 Kripto yg aku sedang guna pakai dan mengikut review awam Exchanger2 ini adalah yg terbaik buat masa ini dari segi withdraw dan deposit.