Sunday, June 2, 2019

Aku Seorang Pedagang Kripto

Salam lumayan
Ramadhan pun hampir meninggalkan kita, diharap Ramadhan kali ini membawa sinar baru dalam kita memapankan iman dan amal kita supaya dapat istiqama dalam membuat kebajikan dunia dan akhirat. Walaupun kita sibuk mengejar dunia jangan lupakan akhirat yang kekal jua akhirnya kita disana seperti yang selalu kita dengar para ustaz atau para ulama selalu menasihati kita supaya lebih mengejar akhirat sebab jika baik amalan akhirat kita In Shaa Allah dunia kita pun terbela dengan sendirinya....Baiklah saudara sekalian bukan tujuan saya hendak bertazkirah cuma sekadar mengingatikan diri sendiri.
Apa2pun saudara terima kasih kerana masih mengikuti update2 aku diblog ini. Tujuan aku menulis kali adalah hendak memperkenal Exchanger2 Kripto yg aku sedang guna pakai dan mengikut review awam Exchanger2 ini adalah yg terbaik buat masa ini dari segi withdraw dan deposit.
Aku bukan apa saudara hanya ingin berkongsi apa yg aku rasakan terbaik untuk diri sendiri dalam menjadi pedagang kripto nie. Dalam kita menjadi pedagang kripto ini platform atau exchanger kripto mestilah yg bertauliah dan mempunyai lesen yg sah dalam menjalankan pertukaran kripto ke kripto atau pertukaran USD ke kripto atau pertukaran kripto ke Ringgit Malaysia.
Antara yg aku guna pakai dalam berdagang kripto nie...

1. Binance.com
Binance nie sgt muda nak pakai tak payah KYC pun atau veriffied dah boleh withdraw dan deposit, lgpun byk pair kripto yg ditawarkan. Ada 486 pair saudara boleh dagangkan, selain itu binance juga menawarkan program rafiral.

2.Simex.Global
Simex nie pun salah satu Exchanger kripto yg terbaik juga dengan jaminan keselamatan akaun dagangan dan kita boleh memperkenalkan projek kripto kita kalau saudara terlibatlah dgn kriptografi saudara seperti anak jati Malaysia yg memperkenalkan DDKoin dlm Simex untuk didagangkan.

3. Dobitrade.com
Ini pula Exchanger Top 10 terhangat di pasaran, mempunyai rangkaian di Singapura dan seluruh dunia. Hanya mengunakan IC atau lesen memandu untuk tujuan KYC atau veriffied. Ada 23 pair kripto yg ditawarkan untuk didagangkan.

4. Remitano.com
Ini pula Exchanger kripto yg sgt terkenal di Malaysia untuk tujuan berdagang kripto seperti BITCOIN atau Ethereum. Nah disinilah saudara senang untuk mencairkan Bitcoin atau Ethereum saudara kepada Ringgit Malaysia. Sentiasa ada permintaan yg tinggi dalam urusan jual beli BTC atau Eth. Sgt disyorkan oleh pedagang kripto di Malaysia

Sampai disini dulu perkongsian aku kali ini, jika ada kemuskilan saudara boleh comment disini. In Shaa Allah aku boleh jelaskan sikit =) dan jangan lupa follow blog nie saudara yg budiman dan baik hati. sedikit masa lagi aku juga akan membuat analisa dr segi teknikal analisis dan fundamental kripto2 yg baik dan mempunyai potensi untuk membuat profit kaw2.

Salam lumayan.

No comments:

Post a Comment