Wednesday, June 19, 2019

Trading Crypto Atau Join Program Crypto ?

Salam lumayan,
Dalam era blockchain ini banyak pilihan kita untuk menambah pendapatan sama ada trading kripto atau pun join program2 kripto yang menawarkan R.O.I yang tinggi. Pada pendapat saudara mana yang lebih baik untuk menjana pendapatan dengan lebih efisen trading kripto yang saudara sendiri yang mendagangkan kripto vs fiat/kripto atau join program2 kripto yang diselia atau dikawal oleh badan2 tertentu supaya dapat menggandakan aset kripto saudara ?  kedua2 metod atau cara ini mempunyai risiko yang tersendiri, tepuk dada tanya selera.
Aku teringat akan kata2 seorang pelabur tersohor didunia iaitu Warren Buffet "Rule No.1: Never lose money. Rule No.2: Never forget rule No.1 "  

 Jadi saudara yang budiman dalam kita ingin melibatkan dalam dunia pelaburan kripto ini, kita seharusnya banyakkan belajar ilmu2 trading, ilmu atau asas berkenaan bidang yang kita ingin terlibat contohnya kalau kripto kita belajar lah asas blockchains supaya kita tidak karam di dunia perdagangan kripto atau terjoin program2 kripto tapi masih berpusat(masih boleh dimodifikasi) pendek kata bukan desentralize.

Dewasa ini kita sering terbaca status2 rakan2 FB kita yang rata2nya menawarkan peluang2 untuk menambah pendapatan dalam kripto...mereka katakan masih diperingkat pioner atau terkini yang menjanjikan bulan dan bintang...To The Moon.....Maroket dan sebagainya hashtag # yang mareka gunakan. Memang tidak dinafikan saudara ada program kripto yang betul2 dapat menambah baik keadaan ekonomi atau kewangan kita, kalau kita terlibat dengan program yang genuine atau tulen. Kalau mengikut statistik yang dikeluarkan banyak rakyat Malaysia yang bertambah kekayaan dari sumber pelaburan terbaru iaitu kripto sejak 2016. Kalau mengikut sumber itu market Malaysia dalam dunia kripto masih di peringkat awal atau pioner. Jadi saranan aku saudara, kajilah atau tambahlah ilmu dalam kripto supaya kelak tidak tersesat jalan cari pulang.

Dalam trading kripto pula kita seharusnya belajar teknikal analisis dan fundamental sesuatu kripto. Antara kelebihan trading kripto ini kita tidak akan MC atau margin call seperti dalam dunia pelaburan FX (forex) atau Stock (saham). Hanya nilainya yang berkurang dalam fiat (wang). Contohnya kalau kita terbeli aset BTC(bitcoin) pada penghujung tahun 2017 sebanyak 1 BTC yang berharga dalam USD 19,665.39 kita hanya susut nilainya dalam USD, kuantiti aset kripto kita tetap sama 1 BTC, kita HODL lah aset kripto kita(masuk gua) sampai meningkat naik semula, sekarang nilai BTC USD 9333.00 didagangkan dikebanyakan exchanger, jangkaan kebanyakan pakar kripto BTC akan semakin bernilai selepas halving sekali lagi yang dijangkakan pada   22hb May 2020

Selain itu dalam trading kripto kita tidak akan dipengaruhi oleh inflasi sesuatu negara. Sebab 
aset kripto ini adalah kalis inflasi. Selain itu juga, aset kripto tidak dikawal selia oleh badan2 
tertentu sabab sifatnya yang desentralize tidak berpusat. Trading kripto juga memberi pulangan 
sampai beribu persen sebab sifatnya yang volatile.(hanya jauhari yang mengenal manikam) Ilmu 
trading perlu padu dalam mempredeksi sesuatu aset kripto.

Kesimpulannya saudara, kita perlulah bijak atau berilmu supaya tidak kena scamm dalam 
program2 kripto yang hanya bertopingkan blockchains company tapi masih berpusat atau 
tersalah trading aset kripto yang tidak ada value (nilai) padanya. Terima kasih saudara sebab
masih membaca sampai disini.....
selamat datang saya ucapkan ke dalam dunia bitcoin dan blockchains. 
Jangan lupa follow blog ini, In Shaa Allah bertemu kita pada post yang akan datang.

Salam Lumayan
D.M

No comments:

Post a Comment