Wednesday, May 29, 2019

Cerita Aku Dan Kripto

Salam Lumayan saudara, hari ini aku nak bercerita bagaimana aku boleh terlibat dengan kripto nie saudara. Aku sebenarnya tak berapa tahu juga sangat tentang kripto nie, cuma sejak akhir2 ini bila kita login FB, tengok You Tube shj mesti ada sahaja org bercerita tentang kripto nie. terasa obsesed juga atau taksub juga nak tahu apa sebenarnya kripto nie ?
Pendek cerita aku mula tahu ttg kripto nie sedikit sebanyak pada penghujung tahun 2015 lagi.
Apabila seorang rakan mengajak buat mining BITCOIN melalui BITCLUB NETWORK. Tapi pada masa itu saudara saya tak hiraukan langsung kawan tue saudara, maklum lah tak ada ilmu atau basic walaupun sikit tentang BITCOIN pada masa tue,(Macam Kejutan Budaya) terasa menyesal yang teramat sangat saudara, sebab org yg memperkenalkan BITCOIN itu pernah menjadi upline saya dalam bisnes online VEMMA. Kawan aku itu saudara telahpun bersara di usia yg sangat muda. Dia sgt berjaya pd masa ini dgn mempunyai 7 buah properti dan 7 buah kareta mewah. Jadi saudara yg sgt aku hormati, pengalaman2 seperti ini membangkitkan sifat ingin tahu aku tentang kripto ini.
Jadi pada bulan August 2017 aku mula menyimpan BITCOIN pada harga USD5000 dalam wallet Luno Aku sgt gembira dan selalu bercerita tentang kelebihan2 BITCOIN pd kawan2, saudara mara dan rakan2 yg baru dikenali sbb aku telah dpt menggandakan keuntungan dalam masa yg singkat, sebab harga BITCOIN telah naik sehingga USD19,665 pada penghujung Desember 2017. Bayangkanlah betapa gembiranya perasaan aku saudara. Igtkan panas hingga ke ptg rupanya hujan di tgh hari.... aku pun mulalah terlibat dgn investment2 BITCOIN yg menjanjikan ROI atau pulangan2 yg LUMAYAN... Rupa2nya saudara tdk semua telus dan JUJUR, aku terpukul, aku tertipu, BITCOIN aku semakin berkurangan dirompak dan dicuri oleh program2 yg menjanjikan pulangan yg LUMAYAN. hmm saudara, nasihat aku bila berjumpa program BITCOIN atau Kripto yg memberi ROI atau pulangan yg tinggi, tolong jangan terlibat dengannya jika tdk jd spt aku. Semenjak aku tertipu oleh program BITCOIN atau kripto yg memberi pulangan yg tinggi, aku tdk diam begitu shj aku terus mengkaji dan terus belajar mengenai Kripto sehingga kini...Aku juga telah menjadi trader kripto sepenuh masa. Nanti aku akn share atau kongsikan platform2 kripto yg terbaik pada masa kini. sbb apa yg aku rasakan pada masa hadapan teknologi kewangan akan berubah secara TOTAL. Kita tdk akan membawa wang fiat lg atau wang kertas dlm saku atau dompet...aku pernah tgk video di Jepun dan di China mereka hanya membawa hp atau menggunakan imbasan wajah untuk membuat transaksi atau membuat bayaran, smua ini adalah Teknologi Blockchain. Oleh itu saudara persiapkan diri dgn ilmu2 Kripto atau ilmu2 tentang Teknologi Blockchain. Semua ini telah diramal atau telah di predeksi oleh org2 terdahulu yg kita pada masa akan dtg akan cashless atau tdk membawa wang kertas lg. Tapi saya teringat akan satu hadist Nabi kita Mohammad S.A.W  “Akan datang suatu masa pada umat manusia, pada masa itu tidak ada yang bermanfaat kecuali dinar (uang emas) dan dirham (uang perak)” (H.R. Imam Ahmad) masa akan dtg tdk akan bernilai atau bermanfaat sesuatu apapun kecuali Dinar dan Dirham.
Sampai dsini dulu coretan aku pada kali ini...harap saudara boleh support blog nie dgn follow penulis sekian terima kasih
Salam Lumayan

No comments:

Post a Comment