Sunday, May 19, 2019

Ingin Berkarya lagi....

Assalamualaikum dan salam lumayan, rasanya lama sudah saya tak meng'update' blog ini. sekarang tanggal 20/5/2019 bersamaan 15 Ramadan 1440H...pd pukul 2:27 am. Teringat akan blog ini, terus saya membuka blog ini dan membaca kandungan apa yang pernah saya tulis dahulu. Ternyata saya sudah terlupa apa visi dan tujuan saya menulis di blog ini.

Saya sebenarnya ingin berkongsi peluang2 menjana pendapatan untuk memapankan kewangan kita di dunia digital yang amat mencabar ini. Seperti yang kita sedia maklum tanpa asas kewangan yang ampuh kita bagai dihimpit dan dibebani bertan2 kilometrik beratnya dibahu. Setiap hari perjalanan hari tua kita semakin dirasai. Persoalanya adakah kita sudah bersedia untuk menghadapi hari dimana kita telah bersara iaitu hari tua kita? Adakah kita telah bersedia dari segi kewangan yang mapan dan mempunyai bekalan yang kita semai disaat kita masih muda? Tepuk dada tanya selera.


Seperti yang kita maklum banyak program2 kewangan diluar sana yang menjanjikan bulan dan bintang, kalau kita tidak mencari tahu atau mencari ilmu yang membolehkan kita dapat menilai yang mana intan dan yang mana kaca dari perspektif intelektual kita. Oleh itu kita seharusnya menambah ilmu pengetahuan berkenaan kewangan supaya kita tidak terikut2 atau terbawa2 oleh kawan2 yang juga tidak mempunyai ilmu kewangan mencukupi dalam menilai baik buruknya sesuatu program atau pelaburan yang menjanjikan pulangan yang LUMAYAN seperti yang agen2 atau para networking tawarkan. Paling sensasi dan terkini cerita2 pelaburan Bitcoin atau crypto yang menjanjikan kekayaan yang segera, semakin menjadi trend terkini dalam mencari asset. Untuk maklumat bitcoin itu tidak salah kerana bitcoin itu ada teknologi disebaliknya iaitu teknologi blockcahin yang hebat telah di temui oleh Satoshi Nakamoto, yang salah itu adalah program yang berlindung dibawah nama bitcoin....Bitcoin itu sendiri adalah matawang masa hadapan.

Sampai disini dulu coretan saya pada kali ini, sedikit masa lagi nanti saya akan kongsikan apa itu Teknologi Blockchain yang akan merubah dunia kewangan pada masa hadapan

Salam Lumayan

No comments:

Post a Comment