Tuesday, January 11, 2011

Cara Mengurangkan Perbelanjaan Dan Meningkatkan Simpanan

Salam LUMAYAN semua, terima kasih kerana masih mengikuti perkembangan blog ini. Ok entri saya pada kali ini adalah cara untuk mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan. Sebelum saya mengupas entri ini cuba tanya diri kita berapa banyak perbelanjaan kita sebulan dan berapa banyak pula yang kita simpan setiap bulan? Cuba luangkan sepuluh minit dan kenal pasti jumlah simpanan yang kita ada sekarang ini.
Ok , bagaimana nak mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan? Disini saya akan kongsikan 5 tips yang berguna untuk perancangan kewangan kita. Kebanyakan dari kita berbelanja lebih daripada pendapatan. Oleh yang demikian kita tak dapat membuat sebarang simpanan. Ada sesetengah orang juga ingin menyimpan bila pendapatan bertambah. Sebenarnya prinsif ini tak boleh digunapakai sebab kita takkan mula menyimpan sampai bila-bila, walaupun pendapatan akan bertambah. Ini kerana perbelanjaan juga akan selaras dengan pendapatan. Kalau kita tak boleh simpan RM0.10 daripada RM1.00 kita juga tak dapat menyimpan RM100,000.00 daripada RM1,000,000.00. Jadi fikir-fikirkan dan renungkan-renungkan?
Ok berbalik pada tajuk entri ini cara mengurangkan perbelanjaan dan meningkatkan simpanan. 5 Tips yang saya kongsikan:          
                                                                                         
1. Selidik dan fahami perbelanjaan bulanan kita
Ketika kita melihat risalah iklan yang cantik dan tawaran istimewa kita akan mudah tertarik dengan benda yang kita tak perlukan pun tetapi kita tetap membelinya. Kita perlu menghapuskan perbelanjaan seperti ini kerana dalam jangka panjang kita kerugian beratus ribu yang sebenarnya pada masa hadapan. Satu lagi contoh, kita tak perlu menonton wayang pada hujung minggu yang harga tiketnya adalah RM12, sebaliknya kita boleh menonton wayang pada hari biasa atau hari rabu hanya RM6 atau lebih murah. Jadi kita dapat kurangkan pembaziran. Bagaimana kita nak selidik perbelanjaan bulanan kita? Ok sebenarnya kita perlukan kunci kira-kira yang mana setiap perbelanjaan harian kita di dicatatkan supaya kita dapat mengesan perbelanjaan kita. Kumpulkan semua jumlah perbelanjaan harian untuk satu bulan dan kita akan dapati perbelanjaan bulanan kita. Kita juga akan dapat mengesan pembaziran dalam perbelanjaan supaya kita dapat hapuskan ataupun kurangkan. Perbelanjaan tidak perlu adalah benda yang kita beli mengikut gerak hati bagi mendapat kepuasan segerah atau kemudian, ia sebenarnya tidak membawa faedah pada kehidupan kita. Cuba tengok gambarajah: contoh perbelanjaan bulanan yang mana ada perbelanjaan terkini dan perbelanjaan terbaru. Tolak perbelanjaan lama dan gantikan dengan perbelanjaan baru supaya dapat mengamalkan bajet baru kita. Kemudian kita akan terkejut kerana kita dapati boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 20% hingga 30% daripada perbelanjaan bulanan kita. Wang yang dalam ketegori pembaziran boleh disimpan atau dilaburkan.
Penyata Perbelanjaan Peribadi Bulanan


2. Bayar Gaji Kita Dahulu
Kalau diikutkan kebanyakan orang apabila dapat gaji mereka lebih suka berbelanja kemudian menyimpan baki yang tertinggal. Cara ini sebenarnya tidak releven lagi sebab kekadang kita tak menyangka perkara berlaku dan terpaksa membelanjakan wang lebihan itu, dan akhirnya kita tak mempunyai apa-apa lagi untuk disimpan. Jadi kita perlu mengamalkan bayar gaji kita dahulu sekurang-kurangnya 10% untuk disimpan ke akaun tetap atau pelaburan kita. Kemudian barulah kita membelanjakan wang yang selebihnya. Pendek kata kita perlu mengamalkan menyimpan kemudian berbelanja.

3. Hanya Gunakan Satu kad kredit sahaja dan CUT yang lain.
Langkah ini mungkin agak memeritkan tetapi sebenarnya kita boleh mengurangkan perbelanjaan sebanyak 10% hingga 20%. CUT semua kad kredit dan tinggalkan hanya satu. Sekiranya kita mempunyai banyak kad kredit, kita mudah tergoda dan berbelanja lebih. Lagipun dengan hanya satu kad kredit kita mengumpulkan poin-poin dalam satu akaun. Tips penting: Langsaikan semua jumlah hutang setiap bulan.

4. Berlengah-lengahlah dan berfikir sejanak sebelum membeli sesuatu.
Jika anda ingin membeli sesuatu, tunggu seketika sebelum membuat keputusan sama ada membeli ataupun tidak. Tanyakan pada diri “adakah saya perlukan benda nie atau saya mahu berfikir dahulu dan datang kemudian semula esok hari”. Saya berani katakan yang kita tak akan pergi semula ke kedai itu. Sebab mungkin terlupa atau dapat fikirkannya ianya satu pembaziran kerana bukan kehendak. Ramai orang ketagih membeli belah sebab selalu pergi ke pusat-pusat membeli belah bila ada masa lapang. Carilah aktiviti yang berguna bagi mengisi masa lapang supaya dapat mengelakkan pembaziran wang.

5. Rancang Pembelian dan Beli Barang Pada Harga Diskaun
Kita dapat mengurangkan perbelanjaan lagi sekiranya kita merancang pembelian sebanyak 20%. Kita membeli bila ada tawaran istimewa dan diskaun contohnya pada masa-masa tertentu sahaja seperti di musim perayaan atau karnival membeli belah. Jadi peluang ini kita boleh membeli dengan banyak pada harga yang murah daripada harga biasa. Saya pernah terbaca satu artikel di mana ada seorang jutawan yang gemar membeli sayur-sayuran dan buah-buahan pada sebelah petang apabila harga barang-barang itu menjadi lebih rendah. Jadi rancanglah pembelian kita bagi tiga hingga enam bulan yang akan datang dan belilah pada jumlah yang banyak setiap kali jualan istimewa diadakan. Kita boleh mengubahnya!

Saya telah pun kongsikan tips-tips cara mengurangkan perbelanjaan sebanyak 10% hingga 25%. Kita perlu sedar ia akan berkesan sekiranya kita mengamalkannya dengan segerah. Kalau diikutkan berdasarkan tips-tips tersebut semuanya mengurangkan perbelanjaan supaya kita dapat meningkatkan pendapatan sebelum kita menyimpan wang bagi melabur dan meningkatkan kekayaan kita, dan akhirnya mendapatkan kebebasan kewangan yang kita inginkan. Rasanya jejari jemari saya dah lenguh menaip perkataan demi perkataan, akhir kata kita jumpa lagi pada entri yang akan datang. Komen-komen lah yee =))
Salam LUMAYAN

No comments:

Post a Comment