Tuesday, December 28, 2010

TIPS PENYELESAIAN KEWANGAN PERIBADI

Salam LUMAYAN semua, Alhamdulillah bertemu lagi kita pada post kali ini sebelum meninggalkan tahun 2010. Post saya pada kali ini berkenaan Tips penyelesaian kewangan peribadi.
"Anda mahu tahu tentang suatu perkara yang bukan sahaja dapat menyelesaikan MASALAH KEWANGAN tetapi dalam masa yang sama mendatangkan KEBAHAGIAAN HIDUP? Kalau mahu tahu, bersedialah... dalam beberapa saat lagi, saya akan mendedahkan Top Secret tersebut.. Top Secret itu ialah "HIDUPLAH DIBAWAH KEMAMPUAN"... berikut terdapat 3 perkara yg dimaksudkan dengan slogan tersebut:
  1. Berbelanja KURANG daripada pendapatan setiap bulan. (jadikanlah lebihan pendapatan bulanan sebagai SIMPANAN/ dana rezab)
  2. Beli barang yang kita BENAR-BENAR MAMPU. (jika terpaksa hutang/ installment terlalu lama, itu menunjukkan kita tidak mampu)
  3. Menerima hakikat bahawa ada benda yg tidak mampu kita miliki.." (sebelum bebaskewangan)

TIPS MENJADI KAYA
Dr. David G.Myers menyatakan kajian yang dijalankan di seluruh dunia membuktikan ada 2 cara untuk menjadi KAYA iaitu:
  • Memiliki harta yang banyak - yang boleh memberikan pendapatan i.e. saham, hartanah, simpanan, harta intelek dll.
  • Tidak mempunyai kehendak yang banyak.


LANGKAH AWAL MENJADI JUTAWAN
Langkah awal untuk menjadi jutawan ialah membina KETAHANAN KEWANGAN. Ia
merupakan asas dan tiang kepada penguasaan kewangan peribadi. Dengan hanya mempunyai asas kewangan yang kukuh, barulah kita boleh membina empayar KEKAYAAN. Ketahanan kewangan mestilah cukup kuat untuk menahan:
  1. Keinginan untuk berbelanja
  2. Kecemasan
  3. Tindakan undang-undang.

Untuk memenuhi saranan diatas, pakar kewangan peribadi menasihatkan setiap individu mempunyai DANA REZAB sekurang-kurangnya 1/2 daripada
pendapatan tahunan.


PERSAMAAN ANTARA RAMAI JUTAWAN
Setelah membaca mengenai kisah hidup ramai jutawan, saya mendapati terdapat PERSAMAAN yang menarik di kalangan mereka. Sementara mereka memperolehi
wang melalui pelbagai cara, saya dapati hampir kesemua mereka mempunyai tabiat kewangan yang baik iaitu:
  1.  Hidup di bawah kemampuan.
  2.  Membayar diri sendiri terlebih dahulu (memperuntukan simpanan peribadi setiap bulan).
  3.  Mempunyai perlindungan insurans yg mencukupi.
  4.  Melabur dengan bijak.

Dalam erti kata lain, mereka mempunyai tapak kewangan yg kukuh..

Konklusinya, setiap individu boleh mencapai kebebasan kewangan jika mengamalkan saranan pakar-pakar kewangan. Antara saranan itu ialah :-
  • Didiklah diri sendiri tentang kewangan i.e. membaca buku kewangan peribadi dll.
  • Berbelanjalah mengikut "keperluan", bukan "kehendak". Sekiranya kita boleh "hidup" tanpanya, ini menunjukkan perkara tersebut ialah "kehendak".
  • Berbelanjalah dibawah kemampuan. Jika anda mampu beli Proton Perdana, cukuplah sekadar Proton Wira, sekadar memenuhi "keperluan" anda terhadap kereta. Gunakanlah wang selebihnya untuk simpanan peribadi atau pelaburan. Kita akan hidup lebih selesa dan tenang sekiranya mempunyai banyak "wang" daripada banyak "barang".
  • Adakan simpanan bulanan untuk dana rezab. Mulakanlah dari sekarang walaupun sekadar RM20 setiap bulan utk permulaan. Untuk makluman kengkawan, saya telah mulakannya 2 tahun dulu dengan RM20. Tp sekarang, Alhamdulillah saya mampu menyimpan sekurang2nya RM3000 setahun(ia cukup besar bagi saya)..walaupun saya berpendapatan kecil. Dan yang lebih baik lagi, Alhamdulillah saya sedang menghampiri sasaran DANA REZAB yang dicadangkan oleh pakar kewangan.
  • Belajarlah untuk mencari sumber pendapatan alternatif. Ini kerana "boss" kita tidak akan membuatkan kita menjadi kaya. Tidak ada seorang pun jutawan di dunia hanya disebabkan kerja makan gaji semata-mata. Kebanyakkan daripada mereka datangnya dari bidang Perniagaan dan Pelaburan walaupun mungkin mereka bermula dengan makan gaji.



Sebelum berakhir, saya mencadangkan kengkawan baca buku2 dibawah (buat permulaan) untuk memahami lebih lanjut tentang kewangan peribadi iaitu:

  1. Jutawan Dari Planet Jupiter (Azizi Ali)
  2. Lahirnya Seorang Jutawan (Azizi Ali)
  3. Rich Dad Poor Dad (Robert T.Kiyosaki)
  4. Cash Flow Quadrant (Robert T.Kiyosaki)


Dan satu lagi, whatever cara nak hidup senang pun, jangan lupa kepada Dia (Allah) yang memberi rezeki. Wang yang banyak pun tidak akan membuatkan kita hidup senang dan tenang tanpa mengabdikan diri kepada Allah.. kerana Dialah yg membuka pintu rezeki kita. Secara asasnya nak ingatkan kita semua, solat jangan tinggal.. ia mesti dijaga kerana ia adalah amalan pertama yang akan dihitung apabila menghadap Allah kelak.. mesti tengok hukum halal atau haram dalam berbuat apa2 perkara sekali pun.. Insya Allah..Ok, that's all for the time being. Let us share any good things among us for the sake of our life. Insya Allah sama2 kita amalkan.. Good luck insya Allah..

Salam LUMAYAN


3 comments:

  1. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    ReplyDelete
  2. Hello,
    Ini adalah untuk memaklumkan kepada orang ramai bahawa Puan Rose Anna, pemberi pinjaman pinjaman peribadi mempunyai membuka peluang kewangan untuk semua orang yang memerlukan apa-apa bantuan kewangan. Kami memberi pinjaman pada kadar 2% kadar faedah kepada individu, syarikat dan syarikat-syarikat di bawah terma dan syarat yang jelas dan mudah difahami. hubungi kami hari ini melalui e-mel di: (roseannamoore70@gmail.com)

    ReplyDelete
  3. Halo, semua orang, tolong, saya dengan cepat mahu menggunakan media ini untuk berkongsi kesaksian saya tentang bagaimana Tuhan mengarahkan saya kepada pemberi kredit yang benar-benar mengubah hidup saya daripada kemiskinan kepada seorang wanita kaya dan sekarang saya mempunyai kehidupan yang sihat tanpa tekanan dan kesulitan kewangan,

    Selepas berbulan-bulan cuba mendapatkan pinjaman di internet dan saya telah ditipu dari 400 juta, saya menjadi sangat terdesak untuk mendapatkan pinjaman daripada pemberi pinjaman dalam talian yang sah dalam kredit dan tidak akan meningkatkan kesakitan saya, jadi saya memutuskan untuk beralih kepada rakan saya untuk nasihat tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman dalam talian, kami bercakap mengenainya dan kesimpulannya adalah tentang seorang wanita bernama Puan Maria yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif Maria Loan. Syarikat

    Saya memohon untuk pinjaman (900 juta) dengan kadar faedah yang rendah sebanyak 2%, supaya pinjaman yang diluluskan itu mudah tanpa tekanan dan semua persiapan telah dibuat dengan pemindahan kredit, kerana fakta bahawa ia tidak memerlukan cagaran untuk pemindahan daripada pinjaman, saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sijil perjanjian lesen mereka untuk memindahkan kredit saya dan dalam masa kurang dari dua jam wang pinjaman telah dimasukkan ke dalam akaun bank saya.

    Saya fikir ia adalah satu jenaka sehingga saya menerima panggilan dari bank saya bahawa akaun saya telah dikreditkan dengan jumlah 900 juta. Saya sangat gembira bahawa akhirnya Tuhan menjawab doa saya dengan memerintahkan pemberi pinjaman saya dengan kredit sebenar saya, yang boleh memberi harapan saya.

    Terima kasih banyak kepada Cik Maria kerana membuat hidup adil untuk saya, jadi saya menasihati sesiapa yang berminat untuk mendapatkan pinjaman untuk menghubungi Puan Maria dengan baik melalui E-mel (mariaalexander818@gmail.com) ATAU Via Whatsapp (+1 651-243 -8090) untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang bagaimana untuk mendapatkan pinjaman anda,

    Jadi, terima kasih banyak kerana mengambil masa anda membaca tentang kejayaan saya dan saya berdoa agar Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup anda.
    Nama saya adalah kabu layu, anda boleh menghubungi saya untuk rujukan lebih lanjut melalui e-mel saya: (kabulayu18@gmail.com)

    Terima kasih semua.

    ReplyDelete