Monday, May 20, 2019

Apa Itu Teknologi Blockchain ?

Assalamualaikum dan salam sejahterah, seperti yang dijanjikan, ingin saya mengupas serba sedikit berkaitan teknologi blockchain. Apa sebenarnya Teknologi Blockchain nie? Memang canggih dan akan menggemparkan teknologi kewangan pada masa hadapan. Percaya atau tidak kalau saya bagitahu kita akan lupakan duit kertas atau syiling pada 20 tahun akan datang. Pada masa kini mesti anda pernah mendengar cerita2 pasal duit digital, asset kripto, cryptocurrency dan sebagainya orang gelarkan. Tahukah anda Teknologi Blockchain adalah dibelakang semua ini. Apa sebenarnya Blockchain nie....?


Menurut daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Jump to navigationJump to search
Gambaran pembentukan blockchain - untaian berwarna hitam menunjukkan rantaian blok paling panjang dari blok induk (genesis block, hijau) kepada blok yang terkini. Blok berwarna ungu terkeluar daripada rantaian utama.
Sesebuah blockchain itu terdiri daripada senarai rekod atau rakam berterusan - setiap satu unit sebagai "blok" - yang dihubungkan dan dijaga melalui kaedah kriptografi.[1][2] Setiap satu daripada "blok" ini biasanya mengandungi olahan semula daripada blok yang mendahuluinya (cryptographic hash),[2] cop masa dan data transaksi maklumat yang diuntaikan.[3]
Teknologi ini dicipta Satoshi Nakamoto pada tahun 2008 bertujuan sebagai suatu lejar transaksi awam kriptowang bitcoin,[1] lalu ia menjadi matawang pertama menyelesaikan masalah perbelanjaan berganda (double-spending) matawang tanpa memerlukan suatu pihak berkuasa mahupun pelayan yang berpusat.Blockchain merupakan sebuah buku besar digital dinyahpusatkan, teragih serta dan bersifat umum yang dimanfaatkan untuk mencatat transaksi pada banyak komputer sehingga catatan tersebut tidak dapat diubah secara retroaktif tanpa mengubah keseluruhan blok selepasya serta konsensus dalam jaringan.[1][4] Perkara sedemikian memungkinkan para peserta untuk mengesahkan dan mengaudit transaksi dengan mudah.[5] Asas kepada data blockchain dikelola secara tersendiri menggunakan jaringan P2P dan cop masa yang diagihkan; ciir-ciir ini ditentusahkan oleh kerjasama massa yang didukung kepentingan kolektif.[6] Hasilnya adalah alir kerja yang kuat di mana ketidakpastian perihal keselaamatan data berada pada tahap marginal. Pendayagunaan blockchain dapat menghilangkan ciri reproduktifitas tiada batasan dari suatu aset digital. Hal ini menegaskan bahwa setiap nilai unit ditransfer hanya sekali, mengatasi permasalahan double spending. Blockchain juga digambarkan sebagai protokol pertukaran nilai.[7] Pertukaran nilai berasaskan blockchain ini dapat diselesaikan lebih cepat, lebih aman dan lebih murah dibandingkan dengan sistem tradisional.[8] Blockchain dapat menentukan hak kepemilikan jika dipersiapkan dengan betul untuk memperinci perjanjian, blockchain juga menyediakan catatan yang memaksa penawaran dan penerimaan (offer and acceptance).[9][10]
Atau nak faham lagi boleh tonton video ini 

Sampai disini dlu untuk kali ini, harap dapat membantu serba sedikit untuk mengenali Teknologi Blockchain dan BITCOIN

Salam Lumayan

No comments:

Post a Comment