Saturday, August 31, 2019

Kelebihan Menjadi Seorang Pedagang Kripto

Salam lumayan,
Alhamdulillah hari ini 31hb August 2019 merupakan tarikh keramat bagi bumi bertuah Malaysia, sekali lagi kita dapat menyambut hari kebangsaan yang ke 62. Apakah makna sebuah kemerdekaan jika kita masih belum merdeka dari segi kewangan dan masa ? Belum bebas dan merdeka dari dibelenggu hutang piutang yang semakin hari semakin bertimbun, hutang kareta, hutang rumah, hutang kad kredit dan paling menyedihkan bila kita berhutang denga ahlong. Apakah kita mahu hidup kita tidak bebas mardeka dibumi yang bertuah ini, sedangkan banyak peluang-peluang yang terhidang untuk kita terus berbakti kepada Malaysia yang tercinta ini. Ayoh.... saudara-saudara ku cari peluang perniagaan yang menguntungkan(fx & kripto) bersaing dengan mereka-mereka yang mempunyai kebebasan masa dan wang. Kita pun boleh, yang penting cari knowledge yang betul dan belajar dengan master sifu di luar sana.



Entry aku kali ini berkongsi apakah kelebihan menjadi sebagai seorang pedagang kripto atau fx. Antara kelebihan menjadi seorang pedagang kripto ialah;-

1. Kebebasan bertindak

Saudara adalah selaku boss saudara sendiri, tiada siapa yang akan semak kerja saudara atau memaksa saudara melakukan perkara yang saudara tidak suka. Oleh yang demikian saudara bertanggungjawab dalam trading kripto saudara sama ada dari segi analisis teknikal dan fundamental dan pengurusan risiko. Semua keputusan saudara yang semak dan ambil sama ada mahu hodl atau sell, sebab yang untung atau rugi dalam perdagangan kripto atau fx saudara yang buat.

2. Jadual yang fleksibel

Saudara boleh susun jadual waktu kerja yang tetap setiap hari untuk diri saudara, atau boleh juga sebaliknya, terserah apa yang lebih selesa untuk saudara. Kebanyakan pedagang kripto atau fx tidak kisah mengenainya. Apa pun, saudara boleh pergi bercuti bila-bila masa saudara mahu, atau susun semula rancangan saudara tanpa mengganggu perjalanan kerja saudara.

3. Pendapatan

Kripto dan FX merupakan lubuk wang. Selain dari berdagang FX atau kripto, pemain-pemain pasaran yang berpengalaman boleh membuat duit dengan kepakaran mereka dan menganjurkan seminar, menjadi tutor, dan memberikan khidmat nasihat. Para pedagang boleh menjana 10% dari modal mereka secara kerap, dan adakalanya berpeluang untuk menggandakan wang mereka dua, tiga, empat kali ganda jika mereka telah menjadi pakar.

Kesimpulanya tiada satu senario yang sesuai dengan semua orang, dan rutin berdagang berbeza dari seorang pedagang ke pedagang yang lain. Yang bagusnya tentang berdagang kripto dan fx, ia boleh disesuaikan dengan pelbagai gaya hidup berbeza — saudara boleh temui kombinasi yang sesuai dengan keperluan saudara. Yang pasti, satu perkara yang setiap pedagang perlukan adalah minda yang analitikal. Jika saudara tidak begitu mahir bermain dengan angka, saudara harus jauhi dari berdagang, dan inilah sahaja kekangan yang ada.

Sampai disini dulu entry aku pada kali ini, semoga memberi manfaat dan knowledge dalam dunia pelaburan kripto dan fx, jangan lupa follow dan comment. Sharing is caring

Salam Lumayan
D.M

No comments:

Post a Comment