Friday, August 16, 2019

Bagaimana Memulakan Perniagaan Online Sambil Bekerja

Salam lumayan,
Lama sudah terfikir mahu tulis entry ini sejak dulu lagi tapi kekangan masa yang tidak mengizinkan, alhamdulillah dapat juga aku sajikan saudara dengan entry yang dapat membuka minda kita supaya tidak menangguhkan lagi hastrat untuk memulakan perniagaan online hanya dari rumah.

Saudara hendak memulakan perniagaan online yang menguntungkan sambil bekerja. Dengan berbuat demikian kita akan dapat menggandakan nilai kita, iaitu kita boleh mencipta dan menambah bebarapa punca pendapatan. Cara terbaik untuk merealisasikan adalah dengan memulakan perniagaan online berdasarkan minat dan kegemaran kita. Pada pendapat aku, sesiapa yang mahu mencapai kebebasan kewangan dan kekayaan perlu memulakan perniagaan online yang boleh menghasilkan sumber pendapatan sampingan atau tambahan (passive income).

Akan tetapi bagaimana nak memulakan perniagaan online sambil bekerja, `nanti pihak majikan kita tak akan membenarkannya’ `bagaimana nak uruskannya pula, nanti tak ada masa lagipun tak ada modal ni’ `bagaimana jika perniagaan aku akan gagal’ Ini adalah bebarapa keraguan atau kesangsian yang biasa terdapat dalam diri seseorang dan keraguan ini jugalah yang membuatkan mereka terperangkap dalam pekerjaan mereka sekarang ataupun sanggup tidak keluar dari zon selesa(comfort zone).

Untuk memulakan perniagaan online memang memerlukan masa, wang sebagai modal dan mempunyai risiko. Jadi, disini aku sarankan supaya memulakan perniagaan melalui Internet atau secara online. Perniagaan jenis ini juga sangat menguntungkan dan mempunyai risiko yang rendah . Tetapi kalau kita pernah dengar kata2 billionaire Elon Musk "kegagalan adalah satu pilihan disini, jika sesuatu tidak menemui kegagalan, kita tidak akan berinovasi secukupnya"


Pada masa ini, kita hidup di zaman teknologi. Jadi kita boleh memulakan perniagaan dengan mudah hanya dari rumah dengan access internet. Sebenarnya hari ini kita boleh menjadi kaya dengan lebih mudah berbanding zaman sebelum era teknologi bermula.

Cuba kita perhatikan satistik-statistik berikut.Setiap tahun, jumlah jutawan-jutawan dilaporkan meningkat berlipat kali ganda dan jutawan-jutawan ini bertambah kaya daripada tahun sebelumnya. Semakin ramai orang menjadi jutawan di usia muda dan mempunyai pelbagai latar belakang yang berbeza. Bagaimana ini boleh berlaku ? Ini disebabkan oleh kecanggihan teknologi dan kemunculan Internet yang dapat merapatkan jurang antara orang dari pelbagai latar belakang yang berlainan.

Hari ini kita hidup dalam era teknologi maklumat (IT) dan kita boleh dipecat oleh pihak majikan jika dah berumur 40 tahun keatas pada bila-bila masa disebabkan perkhidmatan kita tidak diperlukan lagi. Tetapi apa yang aku lihat, kita boleh menjadi usahawan dengan mudah pula. Ini kerana kita boleh memulakan perniagaan hanya dari rumah secara online dan dalam masa yang sama kita masih dapat melakukan kerja tetap kita. Sudah tiba masanya kita merebut peluang keemasan ini dan menjadi usahawan online hanya di rumah.

Secara ringkasnya, biar saya berikan contoh perniagaan MLM konvensional dan MLM dengan kuasa Internet. Ini adalah sala satu contoh perniagaan konvensional dan perniagaan Internet 

Adakah saudara pembaca teruja dengan semua kemungkinan dan kelebihan yang dipaparkan ini ? Aku memang teruja apabila pertama kali mengetahui cara menggunakan Internet bagi meningkatkan sumber pendapatan tambahan dan tak mustahil boleh bersara muda. Walaubagaimanapun, aku pasti memang masih ada keraguan dengan perniagaan Internet. Mungkin keraguan saudara pembaca adalah sama seperti menghantui aku ketika mula berjinak-jinak dengan perniagaan internet. Tapi apa yang pasti, bila aku dapati kawan-kawan aku, berjaya memperoleh pendapatan yang lumayan dengan perniagaan Internet, barulah aku sedar yang ia bukanlah kegilaan sementara. Sebaliknya Internet adalah alat yang boleh digunakan dengan berkesan oleh orang yang memiliki kesungguhan dan keazaman dan sanggup bekerja keras bagi memperolehi pendapatan lumayan.

Sampai disini saja post aku pada kali ini, semoga kita bertemu lagi di post yang akan datang, kalau entry aku pada kali ini memberi manfaat jangan lupa share dan follow blog ini. Harap aku lebih bersemangat berkarya lagi pada masa akan datang.

Salam usahawan, 


D.M

No comments:

Post a Comment