Saturday, July 27, 2019

5 Tiang Utama Untuk Memilih Sesuatu Kripto

Salam lumayan,
Ini kali aku kongsikan satu artikel yang amat menarik untuk kita bahaskan mengenai kriteria yang patut ada pada satu projek kripto yang real. Baru-baru ini aku terbaca satu artikel tentang bagaimana kita dapat mengenal sesuatu duit kripto itu adalah sebenar-benar duit kripto. Ada seorang pakar blockchain yang telah menggariskan " 5 Pillars of Open Blockchain " iaitu Andreas Antonopoulos. Dia percaya bahawa dengan adanya 5 tiang ini sesuatu kripto itu akan bertahan dan terus menjadi kegemaran para peminat kripto diseluruh dunia. Jadi dengan adanya garis panduan ini kita dapat pengetahuan dan dapat menilai sendiri supaya kita tidak berisiko dalam memilih atau melabur dalam sesuatu kripto yang tidak real .



Mari kita selidiki dan telusuri apa 5 tiang utama dalam open blockchain (kripto) yang telah digariskan oleh Andreas Antonopous :-

OPEN      BORDERLESS      NEUTRAL      CENSORSHIP RESISTANT      PUBLIC




  1. Open :- Tiang yang pertama adalah Open , secara teknikalnya seperti yang kita ketahui platform Bitcoin dan Ethereum adalah bersifat open source yang mana siapa pun boleh salin kod kriptografinya untuk membuat atau fork sesuatu koin yang baru. Ini disebabkan kod-kod ini sudah dibentangkan dalam blockchain yang secara terbuka, siapa pun boleh salin semula. Tetapi bukan ini maksud Andreas, apa yang dimaksudkan olehnya ialah siapapun boleh masuk atau mengambil bahagian dalam ekosistem blockchainnya, jadi para developer pun mudah untuk menggubah ekosistem blockchainnya menjadi baru. Sifat keterbukaan ini adalah tiang yang paling utama dalam memilih duit kripto. Ianya disebabkan sistem blockchain tersebut tidak boleh menutup kepada sesiapapun yang ingin terlibat dalam ekosistem blockchain itu. 
  2. Borderless :- Tiang kedua adalah Borderless , sangat mudah untuk kita fahami bahawa tiang kedua ini adalah bersifat tanpa sempadan daerah, negeri ataupun negara ianya wujud diseluruh dunia. Maknanya kita boleh buka atau akses walau kita berada dimana seperti Internet pada hari ini kita boleh buka web/wap walau dimana kita berada tanpa ada batasan sempadan negara. Ianya adalah penting dan menjadi asas sesuatu kripto. Sebagai contoh kalau kita bandingkan dengan wang kertas ianya sudah pasti dikawal oleh sesuatu negara dan tak boleh melepasi sempadan negaranya. Wang kertas juga masih dikawal selia oleh bank pusat sesebuah negara. Ambil contoh dollar A.S sebagai matawang rizab yang amat diperlukan dalam ekonomi global tetapi masih di kawal selia oleh kerajaan A.S dan bank pusat (Federal Reserve) ianya tidak telus berbanding duit kripto yang tidak berpusat dan tanpa ada tangan-tangan ghaib yang mengawalnya. 
  3. Neutral :- Tiang ketiga ialah sesuatu kripto itu bersifat Neutral, yang mana ianya suatu ikatan yang tidak memihak kepada mana-mana individu atau entiti yang lain. Ia juga tidak memerlukan kawalan dan kuasa yang berpusat. Jika ianya tidak bersifat neutral maka tidak ada gunanya mempunyai sistem blockchain. Oleh itu pemaju atau developer yang membuat kriptografi perlu mempunyai penyelenggaraan yang baik dari segi rangkaian dan material. Apabila semakin banyak yang melombong sesuatu koin dan melebihi 51% sahaja maka akan terjadinya kawalan , ianya tidak bersifat neutral lagi. Ada sesetengah kumuniti kripto yang menganggap neutral ini hanya sebagai teori, tetapi sebenarnya kalau kita perhatikan ianya adalah asas atau tiang untuk mengukuhkan sesuatu kripto itu sentiasa dalam keadaan neutral, maknanya tiada yang boleh mengawal kripto tersebut.
  4. Censhorship Resistant :- Tiang yang keempat pula ialah Censhorship Resistant, menurut Andres lagi sistem blockchain yang dibangunkan itu juga mesti mempunyai daya tahan atau kalis daripada disekat oleh mana-mana entiti. Seperti yang kita sedia maklum penggunaan internet sesebuah negara juga masih boleh disekat dan dikawal contohnya negara China dan Korea Utara. Negara-negara ini masih membataskan maklumat-maklumat tertentu dalam internet supaya tidak sampai sepenuhnya kepada rakyat secara menyeluruh. Persoalanya disini adakah blockchain itu boleh disekat jika ianya tanpa sempadan dan bersifat neutral? Memandangkan blockchain itu sendiri dilancarkan melalui internet itu sendiri, adakah ianya masih dapat disekat oleh sesebuah negara. Apa yang aku faham tentang Censhorship Resistant ini adalah kripto itu mesti mempunyai daya tahan atau kalis daripada dimusnahkan atau dihapuskan apalagi digudam bila mana ia telah dilancarkan dalam mainnet. Jadi sampai bila-bila pun ianya tetap ada selagi ada jaringan internet diseluruh dunia.
  5. Public :- Tiang yang terakhir atau kelima dalam kripto adalah Public, sesuatu kripto itu mestilah terbuka kepada semua, ia tidak kira kepada siapapun, negara manapun, ianya dapat dimiliki tanpa ada syarat-syarat tertentu dan ianya juga boleh di akses walau dimana berada. Kod-kod kriptografinya juga dapat disalin oleh para developer yang lain. Sebagai contoh Bitcoin, Ethereum, DDKoin dan Litecoin adalah terbuka kepada semua tanpa ada itu ini lagi. Sehubungan dengan itu ia akan memudah carakan lagi kepenggunaannya dan menjadikan ianya untuk semua secara terbuka dan tanpa ada kawalan.  
Konklusinya dengan adanya garis panduan ini kita dapat mengurangkan risiko supaya kita tidak tersalah pilih kripto atau projek kripto, sama ada yang ada kripto yang baru atau kripto yang telah sedia ada dalam exchange.  
                                                                                           
Sampai disini dulu ya perkongsian aku pada kali ini, harap saudara terus mengikuti blog ini, jangan lupa follow dan subcribe di blog ini. Kalau ada seberang pertanyaan boleh comment atau hubungi saya di whatsapp ini                                                                                                                                  

Salam Lumayan                                                                                                                                

D.M                                                                          

No comments:

Post a Comment